Tahniah kepada yang telah dipanggil oleh SPA untuk Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 pada 5 Ogos 2014. Peperiksaan ini tidak terdapat dalam jadual peperiksaan SPA, tetapi ia adalah peperiksaan tergempar dan mengejut yang akan diadakan.

kastam

Sedikit maklumat mengenai Penolong Penguasa Kastam W27

Syarat Lantikan:

i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ] ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ] iii. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ] iv. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i. mempunyai kelayakan seperti di atas; atau ii. lulus Peperiksaan Khas; dan iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas :

i. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank. ii. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti. iii. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan. iv. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah. v. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi. vi. menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Peperiksaan kali ni dijalankan secara online.

Bagi yang ingin mendapatkan PANDUAN PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

klik link ni – > PANDUAN PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

atau nak dapatkan review copy PERCUMA klik link ni -> http://faridmokhtar.my/panduan-peperiksaan-penolong-penguasa-kastam-w27/

eBook Percuma ‘Lulus Temuduga’  sila isikan NAMA & EMEL TERBAIK ANDA di bawah

Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27
x Shield Logo
This Site Is Protected By
The Shield →