Panduan Ringkas Bina Emel List

0
566 views
views
email list

Senarai emel/prospek adalah aset yang bernilai kepada perniagaan anda sama ada secara online atau offline. Anda boleh berkomunikasi dengan bakal pelanggan anda atau pun pembeli produk anda dengan cepat serta membolehkan pembelian ulangan (repeat order) oleh pembeli anda. Ini dapat menjimatkan kos pengiklanan.
Bagi membina senarai emel ini memerlukan masa selama beberapa bulan.
Jadi bagaimana nak dapatkan senarai emel bakal pembeli ? Saya terangkan secara ringkas.

Apa yang anda perlukan?

1. Autoresponder. Ini adalah sistem emel yang akan menghantar emel secara automatik mengikut setting yang telah anda tetapkan. Antara autoresponder berbayar yang popular adalah Aweber, Getresponse dan Trafficwave. Antara autoresponder PERCUMA yang boleh anda cuba adalah Emelmatik (autoresponder Malaysia) dan Listwire.com

2. Hosting & Domain. Hosting adalah tempat di mana anda simpan web files dan database laman web anda. Domain adalah alamat laman web anda. contoh domain http://faridmokhtar.my . Jadi anda perlu kedua-dua ini untuk setup pintu ke autoresponder anda.

3. Landing page . Landing page akan mengandungi ayat-ayat pemikat anda dan tapak untuk autoresponder anda berfungsi. Jika tak tahu nak buat landing page, anda boleh upah developer/designer untuk anda.

Jika semua di atas susah bagi anda, saya ada rujukan khas untuk anda untuk tukarkan ‘LIKE JADI PELANGGAN‘ >>  http://bit.ly/likejadipelanggan

 

Jika anda rasa tips/panduan ini bagus, jangan malu-malu untuk kongsikan dengan yang lain.Terima kasih.