Mudahkan Carian Blog Anda Di Carian Google/Yahoo

0
667 views
views

Soalan yang mudah bagaimana untuk menjadikan blog anda berada pada bahagian paling atas carian. Caranya adalah tidak semudah soalan.
Berikut adalah 6 senarai bagaimana untuk blog anda berada pada carian teratas

Search Engine Optimization - Magnifying Glass

1.Kemaskini blog anda secara harian – pastikan anda mengemaskini blog anda sekurang- kurangnya 3-4 seminggu atau satu artikel/sekali kemaskini setiap hari. Pastikan blog anda sentiasa aktif.cari artikel yang berkenaan dan berguna kepada pembaca.

2.Tulis artikel dengan kemas, mudah difahami dan tanpa sebarang kesilapan tatabahasa atau perkataan. bagaimana anda boleh mengelakkan kesilapan tersebut. ‘Double check’ artikel, pertakaan di blog anda sebelum anda siarkan/publish artikel tersebut.Minta rakan baik atau pun keluarga anda baca dan semak artikel tersebut, kerana anda mungkin terlepas pandang beberapa perkara. artikel yang kemas dan mudah difahami dapat mengurangkan stres pembaca apabila membaca artikel anda. Enjin carian seperti google dan yahoo juga mudah untuk mengindeks artikel anda.

3. Sediakan produk/artikel yang konsisten supaya pembaca anda mudah kembali dan mengingati blog anda. Jangan campur blog anda dengan pelbagai produk/artikel yang tidak saling berkait antara satu dengan lain atau pun anda menulis pelbagai produk di blog yang sama.kecuali blog itu adalah blog review produk atau blog menceritakan kisah kehidupan anda seharian. Ia tidak sesuai apabila anda menjual sesuatu produk.

4. Promosi blog anda. Ini adalah langkah yang amat penting dalam semua perniagaan. Tanpa promosi orang tidak akan mengetahui wujudnya blog anda atau sesuatu produk dan kesannya, tiada pembeli/pembaca. Link kan blog anda sebanyak mungkin ke laman web atau blog yang lain. Caranya adalah tinggalkan komen di blog atau laman web lain dan letakkan alamat blog anda sebagai signature anda. Cuba untuk hubungi tuan tanah laman web/blog untuk membuat link ke blog anda( pastikan kandungan laman web/blog tuan tanah adalah relevan dengan kandungan blog anda ). Cara yang lain adalah daftarkan blog anda di laman-laman carian terkemuka seperti Google, yahoo dan Bing. Ia mungkin memakan sedikit masa untuk enjin carian membaca blog anda tetapi ia adalah langkah penting untuk jangka masa panjang. Apabila enjin carian telah pembaca/review blog anda, blog anda akan mula berada pada tangga teratas carian. Apa yang penting adalah ‘KEYWORDS’ !

5. KEYWORDS – Gunakan keywords yang relevan dan popular dan yang boleh digunakan di artikel anda (keyword yang relevan dengan artikel saja tau!) Gunakan sebanyak mungkin keywords tersebut dalam artikel anda dan juga dalam TAJUK blog anda !. Contoh keyword adalah “Kebaikan” , guna sekurang-kurangnya 10 kali dalam artikel anda dan juga di tajuk. Cuba kaitkan dengan artikel anda.Bagaimana keywords ini berfungsi ? Enjin carian akan scan artikel anda untuk keywords-
keywords ini. semakin kerap anda gunakan semakin releven keyword tersebut dan semakin kerap ia akan muncul di carian.

6. Gunakan gambar! Adakalanya carian orang ramai adalah gambar, dan blog anda mempunyai keywords carian meraka, gambar-gambar anda akan muncul. Jika mereka berminat dengan gambar tersebut, mereka akan klik dan seterusnya mendapatkan maklumat berkaitan gambar tersebut .Dan mereka akan terus ke blog anda. cara ini juga dapat meningkatkan trafik ke blog anda.