stock-market-news
Berapa MODAL nak memulakan Pelaburan Saham? Pada saya saham bukanlah modal tetapi saya anggap ia sebagai duit untuk anda simpan dan memberikan pulangan tinggi.
Sama juga seperti anda simpan dalam ASB. Ia adalah Amanah Saham sama juga seperti anda melabur dalam saham ni. Cuma pulangannya sekitar 8% sahaja setahun.

Jadi bila nak melabur dalam saham gunakan duit yang memang anda niat untuk disimpan. Dan anda sebenarnya boleh mula melabur bermula dengan beberapa ratus ringgit sahaja.

Saya berikan satu contoh begini. Cuba anda lihat kaunter saham ini. Nama kaunternya adalah DAYA, sebuah syarikat yang terlibat dalam Oil & Gas. Bisnes nya bagus dan sangat berpotensi. Dan ia juga patuh syariah.

Harga 1 unit Daya = RM0.37
Jika anda beli 1 lot = 1000 unit
Anda hanya perlu bayar RM370 untuk 1 lot.
Jika dalam setahun kaunter ini naik kepada RM0.70 seunit, maka duit anda tadi telah menjadi RM700 dan anda dapat keuntungan sebanyak RM330 dan keuntungan anda lebih 89%! Lumayan tu!
Tahun 2010 1 unit saham TAKAFUL = RM2.50
Jika anda beli 1 lot RM2500.

Tahun 2013 1 unit saham TAKAFUL = RM9.30

Maknanya jika anda jual saham yang dibeli tahun 2010 duit anda dah jadi RM9300. Wowww!!

Anda cuma akan dikenakan brokerage fees sebanyak 0-0.6% sahaja dan ia tidaklah terlalu tinggi. Kalau nilai saham tu hanya 10sen untuk 1 unit maka 1 lot sahamnya hanyalah RM100 sahaja.

Jadi siapa kata melabur saham mesti guna modal puluhan ribu. Cuma konsepnya lebih besar pelaburan anda maka lebih besar juga keuntungannya. Yang penting anda perlu mulakan dari sekarang. Kalau tak sampai bila pun anda takkan dapat hasil keuntungan saham ni.

Modal Mulakan Pelaburan Saham
x Shield Logo
This Site Is Protected By
The Shield →