Cara Tingkatkan Trafik Blog

3
1,060 views
views
trafik blog

Assalammualaikum !

Trafik adalah satu perkara penting dalam meningkatkan pembaca. Anda boleh cuba cara-cara yang saya sarankan di bawah ini. Enjoy membaca ya
1. Dapatkan pembaca dari media sosial

Gunakan platform media sosial untuk promosikan blog anda. Cara yang paling efektif setakat ini untuk promosikan blog anda selain daripada kawan-kawan dan keluarga. Memandangkan hampir keseluruhan rakyat Malaysia (purata 15 juta, ramai woo) mempunyai akaun media sosial masing-masing. Seboleh-bolehnya gunakan media sosial ni

1. Facebook <- paling femes , lubuk duit, lubuk pelanggan ni ! Nak tahu cara tingkatkan trafik melalui FB ? Nantikan artikel saya seterusnya, masukkan nama & emel anda di form di sebelah ni ya.
2. Twitter <- paling ramai pengguna di kalangan ahli politik
3. Instagram <- makin bertambah pengguna,dah ramai yang buat duit dengan Instagram !
4. Google+ <- tak sepopular FB

>> Jom guna Aplikasi Viral

2. Join blog-blog femes yang lain. Jika anda suka membaca di blog-blog femes yang mempunyai ramai pembaca, banyak trafik,anda sepatutnya join dalam komen-komen di post, artikel, di blog2 femes ni. Dan jangan lupa untuk masukkan link blog anda jika dibenarkan. Mana tahu ada pembaca yang mungkin klik link blog anda, tapi pastikan komen anda adalah kreatif, dan berguna. Elakkan komen sebegini- ‘Blog anda bagus’ atau ‘Tebaiklah artikel anda’. Nampakkan ? komen yang macam adik-adik.
Kerapkan komen anda di blog2 femes ni. Mungkin dengan komen anda yang membina, pemilik blog akan perasan anda dan mungkin akan letakkan link blog anda di blognya.

3. Interview atau buat sedikit soal jawab dengan blogger terkenal atau blog blogger yang mempunyai ramai pembaca. Minta secara emel atau PM atau medium lain yang anda fikir mungkin boleh menarik perhatian blogger tersebut untuk ditemuramah. Cara ini dapat membuatkan pembaca di blognya untuk sama membaca soal jawab tersebut di blog anda.

4. Setup alert untuk artikel terbaru anda. Buatkan form untuk pembaca masukkan emel mereka. Jika ada post/artikel/update terbaru di blog anda, pembaca/subscriber akan dimaklumkan terus melalui emel mereka.
Dengan cara ini , pembaca tidak akan ketinggalan setiap artikel di blog anda dan menarik lebih ramai lagi pembaca.

5. Tukar banner iklan blog anda dengan blog yang lain. Atau sediakan ruangan iklan untuk sesiapa sahaja meletakkan banner mereka. Buatkan secara percuma atau berbayar, jika berbayar beri diskaun atau percuma selama sebulan untuk meletakkan banner mereka di blog anda.

6. Pastikan anda post artikel anda pada masa yang sesuai. Jika post anda berkenaan dengan pembaca di kalangan umur 20 – 30, pastikan jangan post artikel anda pada waktu bekerja kerana kemungkinan post anda akan diabaikan.
Jika target anda warga emas, jangan pula post pada waktu lewat malam.Ingat post pada waktu yang sesuai !
Giliran anda pula untuk memberi pendapat , bagaimana anda promosi blog/laman web anda. Jangan lupa letakkan link blog anda sekali ye di bawah. 🙂 Assalammualaikum !

p/s : Cara mudah dapat trafik 50-150 sehari -> http://faridmokhtar.my/servis/tonik-trafik/