4 Idea Simple Teknik Pemasaran Facebook

0
1,313 views
views

Tak perlu saya terangkan lebih lanjut kenapa facebook
menjadi tumpuan pemasaran sekarang ini.
Dengan penggunanya yang melebihi 500 juta orang di seluruh dunia
, 11 juta orang sahaja di Malaysia, dan mengatasi enjin carian google,
adalah sebab mengapa anda tidak seharusnya mengabaikan pemasaran
melalui facebook. Saya ingin kongsikan 4 idea yang simple
bagaimana anda boleh menggunakan facebook sebagai
medium pemasaran perniagaan anda.

Teknik Pemasaran Facebook #1 – Menggunakan Fan Page
Saya syorkan anda membuat fan page khas untuk produk atau perkhidmatan
anda. Dari fanpage anda boleh sharekan informasi serta aktiviti bisnes yang sedang
anda lakukan . Gunakan note, update dan fungsi event
untuk berhubung dengan pelanggan anda.
Tak tahu nak buat fanpage ? Ikuti tutorial disini
http://faridmokhtar.my/cara-buat-fanpage/

Teknik Pemasaran Facebook #2 – Menggunakan Group
Anda juga boleh buat Group sebagai tempat untuk anda
mendapatkan prospek. Fungsi Group ni tak sama dengan
Fan page.Apa kelebihan Group? Group membolehkan
anda menghantar mesej terus ke Inbox prospek
Teknik Pemasaran Facebook #3 – Promosi Di Wall FB
Untuk melakukan promosi di wall FB, pertama anda
harus mempunyai friendlist yang sememangnya berminat
dengan produk anda. Kalau tidak anda bagaikan
syok sendiri dan akan membuang masa anda.Bagaimana
nak dapatkan friendlist yang berkualiti ni?
Anda join group-group yang berkenaan dengan produk
anda. Jika anda jual produk kecantikan, cari group
tentang kecantikan.Jika anda jual produk kesihatan
cari group berkenaan kesihatan atau tentang permasalahan
penyakit-penyakit. Dalam satu hari add kan dikalangan
ahli group tersebut seramai 10 orang.Lakukan secara berterusan.
Dengan cara ini jika anda buat promosi
atau update di wall FB personal anda, friendlist
ni akan terlihat promosi anda dan mungkin akan
bertukar menjadi pelanggan anda.

Teknik Pemasaran Facebook #4 – Program Pengiklanan Facebook
Dimaklumkan teknik ini adalah teknik berbayar,dan anda perlu
ada Kad Kredit atau Kad Debit. Jangan risau, walaupun berbayar
pulangannya akan melebihi kos iklan jika anda buat
dengan betul. Jika ingin berjaya dalam perniagaan apa pun,
modal sememangnya anda perlu keluarkan.
Saya dah cuba gunakan teknik ini, dan hasilnya pulangan
berganda melebihi kos iklan dan anda disyorkan pelajari teknik
membuat iklan berbayar ini.
Sekiranya anda guna tanpa tahu terlebih dahulu, lambat laun,
kering duit dalam kad kredit anda.
Saya tunjukkan kepada anda bukti income menggunakan
Pengiklanan Facebook ni.
Tengok dekat sini ya -> BUKTI FB ADS

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda menghasilkan
jualan produk anda. Semoga bermanfaat.
Kalau anda nak share silalah.Terima Kasih